Tafsir Al Azhar (10 Jilid)

RM600.00
POS Laju : Sem RM60.00 | Sarawak RM | Sabah RM POS Parcel : Sem RM40.00 | Sarawak RM40.00 | Sabah RM40.00 Judul : Tafsir Al Azhar Penulis: Buya Hamka Penerbit: Pustaka Nasional Isi: 10 Jilid Sinopsis: Sejak Islam mula bertapak di kepulauan nusantara Melayu, telah wujud keperluan yang mendesak untuk memahami Al-Quran oleh golongan yang dipanggil Melayu Muslim. Ini disebabkan bahasa pertuturan mereka adalah bukan bahasa Arab sedangkan Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Realiti bahawa Melayu Muslim merupakan golongan terbesar bilangannya berbanding masyarakat Islam lain seperti Arab Muslim, India Muslim, Afrika Muslim dan Eropah Muslim menujukkan keperluan kepada suatu usaha yang segera untuk memastikan hidayah Al-Quran sampai ke benak dan jiwa setiap individu Melayu Muslim. Usaha yang dipelopori oleh ulama-ulama nusantara, dulu dan kini untuk member tafsiran yang sahih tentang hidayah yang terdapat dalam setiap ayat Al-Quran, kebanyakannya lebih kepada usaha secara ‘verbal’, seperti melalui syarahan-syarahan agama atau kuliah-kuliah tafsir di masjid-masjid dan surau-surau. Kitab-kitab tafsir berbahasa Melayu yang lengkap merangkumi ke semua 30 juzuk amat sedikit bilangannya. Tafsir Al-Azhar karangan Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA) merupakan kitab tafsir Al-Quran yang lengkap dalam bahasa Melayu yang boleh dianggap sebagai yang terbaik pernah dihasilkan untuk masyarakat Melayu Muslim. Justeru, adalah penting bagi masyarakat Melayu Muslim yang tidak berbahasa Arab agar mengenali kitab Tafsir Al-Azhar ini terutama dari aspek metodologi tafsirnya untuk mereka lebih menghargai usaha yang dilakukan HAMKA kerana bukan semua ulama boleh mengusahakan apa yang telah beliau usahakan.

Related product you might see:

Share this product :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Pustaka Kaisar - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger